Skip to main content

= EduFood EduSLOT =

Ya, sebab Makcik Kiah kan JUAL pisang goreng yang MASAK KAT RUMAH tuuu 👩‍🍳

Siapakah pengendali makanan?

Ini soalan yang biasa orang tanya dan keliru.

Pengendali makanan ialah sesiapa yang terlibat dalam proses penyediaan makanan bagi tujuan menjual iaitu tukang masak, pembantu dapur, orang yang membantu memotong bahan mentah, operator kilang makanan, pekerja kilang ais, peniaga makanan di pasar malam dan pasar Ramadhan dan sebagainya, termasuk makanan dijual home-based.

Peranan seorang pengendali makanan adalah sangat penting dalam menghasilkan sesuatu produk makanan / makanan yang selamat untuk dimakan oleh semua. Lagi-lagi pada musim wabak COVID-19 ini, tanggungjawab seorang pengendali makanan dalam menjaga etika kebersihan diri adalah sangat penting. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 telah dilaksanakan, premis makanan masih boleh beroperasi untuk ”take away”.

Dalam kesibukan menyediakan makanan dan melayan pelanggan, jangan lupa untuk sentiasa mencuci tangan anda. Gunakan sabun dan air untuk cuci tangan anda.

Mencuci tangan adalah cara terbaik untuk mencecah jangkitan penularan penyakit berjangkit seperti COVID-19. Budayakan amalan cuci tangan. Kredit : JKN Penang

Lebih perkongsian Keselamatan Makanan bersama Cikgu Pengendali Makanan di Kursus ONLINE Pengendali Makanan EduFood (setiap hari PKP* 9am)

Ada pertanyaan? Mai hubungi Cikgu Nadzirah:
https://wa.me/60126426732

Terima kasih ! 💐💐💐

Nadzirah Salehuddin

Author Nadzirah Salehuddin

More posts by Nadzirah Salehuddin

Leave a Reply

DAFTAR SEKARANG
REGISTER NOW
REGISTER NOW