Skip to main content

Pendaftaran premis makanan merupakan salah satu peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Pengusaha makanan adalah bertanggungjawab untuk mendaftar premis makanan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kini, akibat daripada epidemik keracunan makanan akibat ‘Puding Buih’ semasa PKP Covid-19 2020, usahawan makanan dan minuman ‘home-based’ juga dikehendaki mendaftar perniagaan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Daftar dengan KKM ini ada bayaran?

Jangan risau, sebab pendaftaran adalah PERCUMA!! Hanya perlu isikan butiran anda dalam website seperti di bawah.

Bagaimana nak mendaftar?

Untuk menjalankan transaksi seperti pendaftaran premis atau pembaharuan Pendaftaran Premis, anda perlulah mendaftar untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan. Setelah ID Pengguna dan Kata Laluan diperolehi, anda boleh menjalankan transaksi di dalam Sistem Aplikasi FoSIM Domestik ini. Ikuti langkah-langkah pendaftaran di Youtube BKKM!

Link Website FOSIM: https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home

FOSIM 2.0 – Manual Pendaftaran Pengguna: https://drive.google.com/file/d/1a0HM4F_FkHqAuAl3sGs1o8HZcPkvjHgG/view

FOSIM 2.0 – PMP-18037 Manual Pendaftaran Syarikat & Premis:
https://drive.google.com/file/d/1TzfckzC9l4FMVzZ-IuM_nLCPT94UO0qV/view

Kesalahan Dan Hukuman

Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan dalam tempoh tidak melebihi dua tahun.

Bantuan Khidmat Nasihat

Sebarang pertanyaan berhubung pendaftaran premis makanan boleh diajukan melalui talian 03-88833558 atau melalui e-mel di alamat domestichelpdesk@moh.gov.my.

Sumber: Portal MyHealth KKM

Nadzirah Salehuddin

Author Nadzirah Salehuddin

More posts by Nadzirah Salehuddin

Join the discussion 7 Comments

Leave a Reply

DAFTAR SEKARANG
REGISTER NOW
REGISTER NOW