
Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membenarkan pembukaan hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020, maka KKM meluluskan Kursus Pengendali Makanan secara Bersemuka (Face-to-Face Onsite Training). Kebenaran ini tertakluk kepada pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) bagi kawalan pencegahan pandemik Covid-19 yang di gariskan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Di samping itu, KKM masih membenarkan pelaksanaan sesi LPM secara dalam talian (on-line) dengan mematuhi Garis Panduan Sesi LPM secara Dalam Talian (on-line) Dalam tempoh PKP sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Maka dengan Kursus Pengendali Makanan EduFood, majikan & individu boleh memilih kursus yang paling sesuai untuk memastikan staf dapatkan Sijil Pengendali Makanan diiktiraf KKM masa PKPP ini.

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
(BKKM KKM)